Kehidupan peribadi Anas_Ridzuan

Anas telah selamat menjadi suami kepada Ana Syuhada pada 22 Oktober 2016 dengan sekali lafaz. Bertempat di Masjid Seksyen 7, Shah Alam, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM15,000 dengan mas kahwin berjumlah RM300 berserta enam dulang hantaran berbalas tujuh. Majlis resepsi pasangan ini dijadualkan berlangsung di Dewan Melur Shah Alam pada 14 Januari 2017, manakala majlis sebelah pengantin lelaki dijangka bakal diadakan di Ipoh, Perak.[3]

Ana Syuhada merupakan bekas peserta Mentor Musim ke- 6 dan anak didik penyanyi Ramlah Ram. Pasangan ini telah mengenali antara satu sama lain selama enam tahun dan bercinta selama empat tahun.[4]

Pada 25 Februari 2018, Anas dan isteri telah selamat menimang cahaya mata lelaki. [5] [6]